Friday 1 June 2012

PELARIS @ POLARIS..

Kedai Makan Yang Guna Pelaris
Dengar tajuk pun dah menyeramkan..

Macam kite sekarang nih dah jarang masak. kalu masak pon hari sabtu n ahad jer..
Selalulah juga makan kat luar kadang2 takeaway makan kat umah.. Tak terfikir lak di hati nurani yang suci murni nih pasal jin dan ceplos yang menjaga pintu2 kedai makan tuh..hhii ngeri..macam kite nih dah lah masuk kedai tak baca apa pun tapi nasiblah time nak makan kite baca Bismillah n doa makan (memang dah membudayakan diri n keluarga tuk berdoa seblum makan.. Thanks ye kak Nor (Maklang jiran aku ..hahahhah) sebab berkongsi email..
Ha kawan2 mai kita amalkan bersama..semoga ianya menjadi amalan kita walaupun dimana kita berada..Lagi satu tambahan..kite selalu amalkan sebelum kuar rumah baca doa lepastu baca ayat 9 dari surah yassin (supaya terhindar dari niat dan mata2 yang jahat) dan baca doa" Bismillah hillazi la yadhurru ma'asmihi shai'un fil ardhi wala fissama i wahuwas sami'un a'lim.Memang ambil masa lam 2/3 minit sebelum kuar umah..INSYAALLAH..semoga Allah pelihara kita, keluarga dan kediaman kita dari malapetaka dan niat jahat orang2 yang belum dapat hidayah...

 Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan (kang perasan lak toke kedai tuh). Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)
 Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.
 Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
 Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
 

Saturday 26 May 2012

Selamat Hari Guru..

" SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH DI ATAS KEIKHLASAN DAN PENGORBANAN ANDA MENDIDIK ANAK-ANAK KAMI "
khas buat Cikgu-cikgu SKPBP II, Puchong..
asma.asiy blogspot
asma.asiy blogspot



Friday 18 May 2012

"Selamat Hari Ibu"

asma.asiy blogspot
"Selamat Hari Ibu"..hari ini kita tolong ibu kite masak..kita sayang Ibu sejuta ribu ringgit "..
 ..hehee itu lah ayat anak bujang nih bila nak sebut dia sayang ibu..terpengaruh ngan ayat program 'money drop'.."

"Bila hati Baik - InsyaAllah-Semua Jadi Baik ye nak"

Wednesday 18 April 2012

Yang Solehah - dHiYa

Assalamualaikum.. TQ kak Nana tolong ibu kite..

asma.asiy blogspot

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun ; bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku – lah tempat kembalimu.’
Surah Luqman, ayat 14)